Wednesday, February 25, 2009

Adakah Aku Bersalah... Diari Seorang Komando - Kisah benar...

Penantian Suatu Penyiksaan..
Dalam Kebuntuan Sebuah Kesampaian..

Diulik sepi yang mencengkam..
Bagaikan Pungguk merindukan bulan purnama..

Bait-bait lagu Penantian dari Febian sering bermain dalam gegendang telinga ku. kelunakan lagu itu seringkali mengimbas kembali nostalgia-nostalgia lama yang tidak pernah aku kongsikan dengan sesiapa pun hatta ibubapa ku sendiri...

Kisah ini bermula pada tahun 1999 semasa itu aku sedang menuntut dikolej matrikulasi di sebuah negeri di selatan tanah air. seperti biasa telah menjadi rutin ku setiap petang aku akan berseorangan berjogging di sekeliling kampus bagi melepaskan tekanan belajar. entah lah kenapa sejak kecil meskipun aku mempunyai ramai rakan akan tetapi aku lebih selesa beriadah berseorangan.

sambil berlari telingaku tidak lekang dengan earphone panasonic kesayangan ku yang dengan tidak jemunya menyalurkan kepada gegendang telinga ku bait-bait lagu nyanyian febian, xpdc, jamal abdillah dan ukays kesukaan ku. sambil mengatur langkah berlari aku berbisik seorangan mengalunkan lirik-lirik lagu tersebut...

Fuhh... dah dekat 6 Km aku berlari merentasi taman perumahan, pekan dan aku telah sampai di sebuah kawasan lapang yang penuh semak samun. aku menarik nafas panjang sambil mematikan walkman, kelihatan air-air peluhku menitis-nitis dari segenap penjuru wajahku. baju ku basah dengan keringat dan aku rasa bila diperah baju ini boleh memenuhkan satu cawan teh tarik saiz kecil.

cantiknya tempat ini.. Subahanallah... perkataan ini secara automatik terpacul dari mulutku apabila aku terpandang sebuah bukit yang diselaputi awan kira-kira 2 km dari tempat aku berdiri. sambil memerhatikan keindahan bukit aku dengan perlahan duduk sambil mendongak. kelihatan mentari petang pukul 6 sedang hilang secara sedikit demi sedikit meninggalkan kesan merah di dada langit. burung-burung secara berkumpulan mula terbang mencari sarang masing-masing, riuh rendah jadinya. bunyi riuh burung-burung yang berkicau diselang seli dengan bunyi katak telah menguasai alam tempat aku berdiri... indahnya damainya aku rasa. air mata ku dengan tidak semena-mena mengalir membasahi pipi. aku faham! aku mengerti! dan aku akan cuba ya Allah!!! jeritku lantang sambil mendepa kedua-dua tanganku...

Aku tidak mengesat linangan airmata ku walaupun ia telah mengganggu penglihatanku. setidak-tidaknya air mata mempunyai enzim yang dapat membersihkan bebola mata ku yang kotor heheh aku mula tersenyum.sekali lagi aku mula mengatur langkah berlari. jam menunjukkan pukul 6.30 petang dan alam semakin kelam. itulah rutin dunia, ada siang dan ada malamnya.. ada matahari adalah bulannya.. tatkala mentari terang nescaya bulan tidak nampak akan cahayanya tetapi menjelang malam bulan akan mula bersinar terang. semuanya atas kuasa Allah yang maha esa, Dialah pencipta dan Dialah segalanya...

Aku jangkakan aku akan sampai di kaki bukit itu menjelang pukul 6.40 bagi melihat kalau-kalau ada denai yang boleh ku ikut untuk meneroka puncak bukit itupada cuti hujung minggu. hari makin gelap, cahaya ufuk merah sudah mula kelihatan sebam, burung-burung sudah mula berkurangan dan angin bertiup makin laju, makin sejuk.... aku mempercepatkan larianku supaya cepat sampai. kelihatan dikiri-kananku pokok-pokok kayu sebesar betis dewasa malah ada yang lebih besar. aku melihat jam di lengan kanan, ahhh.. dengusku, baru pukul 6.35 awat gelap dah ni! aku mengomel sendirian.aku takut jika terlampau gelap maka misi aku untuk meninjau denai untuk naik di kawasan bukit itu tidak akan kelihatan. Aduhhh!! cinabeng betui la. aku lambat sangat keluar jogging tadi...aku terus berlari dan berlari setiap langkah ku makin laju dan laju. dadaku mula terasa ombakan jantung yang berdegup makin laju sesuai dengan hayunan langkah ku yang makin laju....